Thursday, 29 September 2016

CIRI-CIRI KERJA BERPASUKAN

1. Kepimpinan Ketua
                                     2. Keanggotaan Ahli
                                                                       3. Rangkaian Hubungan
                                                                                                                 4. Cara Penyelesaian Masalah

                                                                           
5. Mencapai Matlamat

SIKAP YANG DIPERLUKAN KETIKA BEKERJA DALAM KUMPULAN

1-      Bekerja Sepenuh Hati Dan Berkualiti
      Ahli kumpulan itu hendaklah melaksanakan pekerjaannya sepenuh hati, bukan seolah-olah                   terpaksa, kerja-kerja itu hendaklah dilakukan dengan menghayati prinsip : “al-Ihsan” seperti               sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam yang Maksudnya : “…Hendaklah engkau menyembah               Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, dan jika engkau tidak melihat-Nya sesungguhnya Allah           melihat engkau…”. (Riwayat Imam Muslim)

     2-      Kuat Dan Amanah
     Ahli kumpulan itu hendaklah orang yang kuat lagi amanah. Kita ikuti contoh Nabi Musa alaihis         salam dalam surah al-Qasas, Nabi Musa alaihis salam lari dari negeri Mesir bagi menyelamatkan         diri dan ugamanya dari angkara pegawai-pegawai Firaun yang ingin membunuhnya. Beliau sampai     di negeri Madyan, dan beliau menolong dua orang anak gadis yang tidak berdaya bagi                         mendapatkan air kerana tempat air itu dikerumuni oleh orang ramai yang bersesak sesak dan               berebut-rebut, Nabi Musa alaihis salam menolong gadis-gadis itu, gadis-gadis itu menceritakan           peristiwa tersebut kepada bapa mereka (Nabi Syuib alaihis salam), salah seorang daripadanya             mencadangkan kepada bapa mereka, seperti diceritakan dalam al- Quran surah al-Qasas ayat 26 : 4     Maksudnya : “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata : wahai ayahku !                 ambillah ia sebagai orang upahan, sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil bekerja itu ialah       orang yang kuat lagi amanah”

   3-      Bertanggungjawab
    Nabi Yusuf alaihis salam, diangkat oleh raja Mesir menjadi pembesar negara, kerana Nabi Yusof         alaihis salam itu bijaksana dan berilmu, al-Quran menceritakan dalam surah Yusuf ayat 22 : Yang       bermaksud: “Dan ketika (Nabi Yusuf) sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya,       Kami (Allah) beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah Kami                (Allah) membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”.

    4-      Berkongsi idea
   Sikap tanggungjawab perlu ada pada setiap ahli kumpulan. Hal ini dapat diperluaskan apabila              pembahagian kerja dibahagikan sama rata dapat ditunaikan. Di samping itu setiap ahli kumpulan        hendaklah menyampaikan idea yang dimiliki. Setiap idea boleh dimanfaatkan oleh setiap ahli              kumpulan.

   5-      Taat kepada pemimpin
   Abdullah bin Umar meriwayatkan hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud :        “Dengar dan taat (kepada ketua) adalah kewajipan ke atas orang Islam (dalam apa jua perkara pun)    sama ada ia suka dan ia tidak suka selagi ia tidak diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat,        maka jika ia diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat maka tiadalah dengar dan tiadalah taat”.    Berdasarkan hadith di atas Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyuruh supaya setiap orang          Islam itu hendaklah mentaati perintah ketua mereka, sama ada perintah itu disukai ataupun tidak,        asalkan perintah itu menurut ajaran-ajaran Islam. Dalam pada itu Rasulullah sallallahu alaihi                wasallam melarang pengikut-pengikutnya mentaati ketua yang menyuruh melakukan maksiat.            Dalam keadaan yang 5 pertama ketaatan adalah menjadi perkara yang wajib, tetapi dalam keadaan      yang kedua ketaatan tidaklah wajib, bahkan ia menjadi haram ke atas sesiapa yang merasakan             dirinya boleh menentang perintah membuat maksiat itu.




NILAI – NILAI YANG MENJADI PRA SYARAT KEPADA PELAKSANAAN KERJA SECARA BERPASUKAN


CARA MENYELESAIKAN MASALAH


HADAPI DAN TANGANI TEKANAN BERSAMA-SAMA


KAEDAH-KAEDAH MENANGANI TEKANAN DALAM PASUKAN


KONSEP BEKERJA DALAM KUMPULAN

Dalam menghayati semangat bekerja dalam kumpulan atau 'teamworking, empat elemen utama perlu diberi perhatian iaitu matlamat, rasa tanggungjawab, proses dan hubungan sesama ahli kumpulan. Hubungan antara keempat-empat elemen tersebut amat kuat dan saling berkaitan ibarat aur dengan tebing. Dalam konteks pelajar IPT, setiap pelajar yang menjadi ahli sesebuah kumpulan atau persatuan mesti jelas dan komited terhadap matlamat yang telah digariskan. Rasa bertanggungjawab atau responsibility menuntut setiap ahli mengenalpasti peranan, tugas dan tanggungjawab masing-masing. Selain itu, setiap ahli mesti tahu proses yang perlu diikuti dan sentiasa berusaha memperbaiki proses tersebut dari masa ke masa. Dan akhirnya, setiap ahli dituntut memelihara hubungan sesama ahli dan menjalin hubungan yang berdasarkan keyakinan dan saling mempercayai antara satu sama lain.
 Antara ciri-ciri sifat bekerja dalam kumpulan ialah .. 

1.      Kebolehan untuk membina reputasi yang baik, berinteraksi dan bekerja dengan efektif bersama orang lain bagi mencapai matlamat.
2.      Kebolehan untuk memahami atau menjangkakan salingtukaran atau persamaan peranan yang  dimainkan oleh pemimpin dan pengikut.
3.      Kebolehan untuk menyedari dan menghormati atitud, tindakan dan kepercayaan orang lain. 
4.      Kebolehan untuk memainkan peranan dalam merancang dan mengendalikan usaha dalam  kumpulan.
5.      Komitmen dalam membuat keputusan secara kolektif.