PENGENALAN
Assalamualaikum
dan salam sejahtera kami ucapkan kepada pengunjung-pengunjung yang sudi melawat
blog kami. Kami daripada Politeknik Tuanku Sultanah Bahiyah, Kulim sangat
berbesar hati untuk berkongsi ilmu yang kami ada kepada sesiapa yang ingin
meluangkan masa menambah ilmu. Sebelum pergi lebih jauh , kami ingin
mengenalkan ahli-ahli kumpulan kami yang terdiri daripada tiga orang ahli iaitu
Nur Atiqah binti Abdul Rahim , Norhusna binti Abdul Rahman dan terakhir sekali
Nor Farzana Izzati binti Mohd Fadzil . Kami berharap agar segala ilmu yang kami
kongsikan dapat menambahkan ilmu di dada serta memberikan impak yang positif
kepada diri masing-masing. Selamat beramal dan membaca ..
DEFINISI KERJA BERPASUKAN
Secara
ringkasnya kerja berpasukan merujuk kepada pekerja yang bekerja dalam satu
kumpulan yang sering bekerjasama dan menjalankan tugas secara berganding bahu
bagi mencapai matlamat pasukan. Sebuah pasukan terdiri daripada gabungan
sebilangan individu yang mempunyai kompetensi yang saling bergantung iaitu dari
segi keupayaan, kepakaran, kemahiran dan pengatahuan serta mempunyai
akauntabiliti dan komitmen terhadap prestasi pasukan serta bersedia
melaksanakan tugasan secara bersama
Bekerja
merupakan kegiatan manusia yang amat dituntut oleh agama Islam. Firman Allah
S.W.T dalam surah (Ar-Jumuah, 11) menegaskan “ …maka bertebaranlah di atas muka
bumi, serta carilah rezeki dari kurniaan Allah.” Menurut Islam, pekerjaan merupakan
satu ibadah. Mohd Yahya dan Roseliza (2002 ) menjelaskan tentang nilai-nilai
Islam yang perlu dipraktikkan dalam pekerjaan ialah pekerjaan sebagai amanah,
tanggungjawab, ikhlas, dedikasi, sederhana, tekun, bersih, 2 berdisiplin,
bekerjasama, berbudi mulia dan bersyukur. Menyedari hakikat ini kita perlu
menjalankan amanah pekerjaan ini sebaik mungkin untuk mencapai kejayaan di
dunia dan akhirat serta memperolehi rezeki yang berkat.
No comments:
Post a Comment