Thursday, 29 September 2016

PERANAN KUMPULAN DINAMIK

Organisasi atau syarikat mempunyai banyak sebab mengapa mereka membentuk kumpulan kerja bagi melengkapkan kerja-kerja dalam sesuatu organisasi atau syarikat yang begitu kompleks. Salah satu sebabnya adalah kerana saiz organisasi atau syarikat yang besar dan merumitkan pentadbiran organisasi atau syarikat yang sediada.
Di dalam setiap jabatan atau urusan jika tidak mempunyai kumpulan kerja yang bersatu dalam membuat atau melaksanakan sesuatu kerja, organisasi atau syarikat itu tidak mampu mencapai sesuatu matlamat yang disasarkan.
Antara fungsi-fungsi kumpulan dalam sesebuah organisasi atau syarikat ialah :-

1-       Membuat Keputusan Rasional
Pengetahuan dan idea yang dibawa oleh sesuatu kumpulan adalah jauh lebih baik daripada idea seorang individu. Contohnya apabila sesuatu aspek dibentangkan dalam suatu kumpulan, semua ahli akan menyumbangkan idea-idea dan pengalaman mereka dalam pelbagai aspek. Ini akan membantu kumpulan untuk membuat keputusan yang lebih rasional. Kemungkinan uga individu tidak mahir atau pakar dalam pelbagai bidang dan sekiranya keputusan yang diambil tanpa melalui kumpulan sudah pasti keputusan yang diambil berkemungkinan tidak rasional.
Contohnya untuk mengeluarkan produk jenama baru syarikat, satu kumpulan kerja telah dibuat untuk membincangkan kertas kerja dan melaksanakan projek. Akhirnya produk jenama baru itu memberikan hasil dan keuntungan yang baik kepada syarikat. 

2-      Penyelesaian Masalah
Apabila bekerja di dalam kumpulan, suatu tugas akan dibahagi-bahagikan dan dengan ini, mereka akan menjadi lebih dalam bidang tugas masing-masing. Ini seterusnya akan mempengaruhi ahli-ahli dalam kumpulan untuk berkomunikasi dengan berkongsi masalah-masalah mereka. Semasa perbincangan , sudah tentu banyak strategi penyelesaian masalah akan diutarakan. Ini akan memudahkan pihak organisasi atau syarikat menyelesaikan sesuatu masalah.
Contohnya dalam masalah ekonomi di negara kita Malaysia, dengan adanya ahli-ahli kumpulan ekonomi maka pelbagai strategi telah diambil seperti kempen inflasi sifar di dalam usaha mencapai kadar ekonomi yang tinggi.

3-      Membantu Peningkatkan Produktviti
Ahli dalam kumpulan yang telah mempengaruhi dalam pembuatan keputusan akan menjadi lebih komited kepada keputusan yang dibuat. Beliau akan sanggup untuk menerima beban tanggungjawab yang lebih berbanding dengan ahli-ahli lain. Ini akan meningkatkan daya produktiviti kerana suatu kerja akan dibuat secara sukarela. Hasil kerja akan jauh berbeza jika dibandingkan dengan ahli-ahli kumpulan yang telah dipaksa untuk membuat sesuatu pekerjaan.

4-      Membantu Syarikat Mencapai Matlamat atau Sasaran
Kumpulan kerja adalah amat penting dan diperlukan dalam melaksanakan segala aktiviti dan gerak kerja untuk mencapai matlamat atau sasaran sesebuah organisasi atau syarikat. Sudah pasti jika tidak ada kumpulan dalam sesebuah organisasi atau syarikat, adalah amat sukar untuk mencapai matlamat atau sasaran yang telah ditetapkan.

5-      Meningkatkan Produktiviti
Produktiviti sesebuah kumpulan kerja dalam sesebuah organisasi perlu dipertingkatkan dalam menambahkan kualiti dan mutu organisasi atau syarikat dalam mencapai matlamat atau sasaran. Jika produktiviti sesebuah organisasi atau syarikat itu tidak mengalami perubahan atau peningkatan, ia akan menyebabkan mutu dan kualiti menurun dan tidak dapat mencapai matlamat yang diharapkan.

6-      Menyelesaikan Masalah Organisasi Atau Syarikat

Dalam sesebuah organisasi atau syarikat, ketua jabatan adalah orang yang terpenting di dalam membuat sesuatu keputusan yang membawa kepada kebaikan jabatan. Walaubagaimanapun, apabila terdapat apa-apa pemasalahan, ketua jabatan memainkan peranan membuat mesyuarat atau perbincangan dengan ahli untuk sama-sama mengatasi masalah yang dihadapi. Dengan adanya kumpulan kerja, adalah lebih mudah untuk mencapai jalan penyelesaian dan kata sepakat mudah dicapai.

No comments:

Post a Comment