Thursday, 29 September 2016

RUMUSAN

Kepimpinan dalam organisi adalah merupakan faktor yang penting dalam menentukan jatuh bangun sebuah organisasi kerana  pemimpinlah yang menentukan bagaimana anggota lain digerakkan ke tahap maksimun bagi mencapai matlamat organisasi.

Bagi membina satu organisasi yang teratur, terarah, mempunyai matlamat dan cemerlang, kumpulan kerja memainkan peranan yang penting dalam membantu organisasi tersebut mencapai matlamat yang telah dirancangkan mengikut dasar-dasar yang ditetapkan. Hasil penyatuan dan kerjasama kumpulan kerja ini, ia dapat menghasilkan mutu dan kualiti organisasi. Jika kumpulan kerja dalam organisasi tersebut tidak bersatu dalam mencapai matlamat, ia amat sukar untuk dicapai. Oleh itu, perlunya peranan kumpulan kerja ini bersama-sama dalam menentukan serta melaksanakan sesuatu yang boleh memberi kebaikan kepada organisasi.

No comments:

Post a Comment