Thursday, 29 September 2016

SIKAP YANG DIPERLUKAN KETIKA BEKERJA DALAM KUMPULAN

1-      Bekerja Sepenuh Hati Dan Berkualiti
      Ahli kumpulan itu hendaklah melaksanakan pekerjaannya sepenuh hati, bukan seolah-olah                   terpaksa, kerja-kerja itu hendaklah dilakukan dengan menghayati prinsip : “al-Ihsan” seperti               sabda Nabi sallallahu alaihi wasallam yang Maksudnya : “…Hendaklah engkau menyembah               Allah seolah-olah engkau melihat-Nya, dan jika engkau tidak melihat-Nya sesungguhnya Allah           melihat engkau…”. (Riwayat Imam Muslim)

     2-      Kuat Dan Amanah
     Ahli kumpulan itu hendaklah orang yang kuat lagi amanah. Kita ikuti contoh Nabi Musa alaihis         salam dalam surah al-Qasas, Nabi Musa alaihis salam lari dari negeri Mesir bagi menyelamatkan         diri dan ugamanya dari angkara pegawai-pegawai Firaun yang ingin membunuhnya. Beliau sampai     di negeri Madyan, dan beliau menolong dua orang anak gadis yang tidak berdaya bagi                         mendapatkan air kerana tempat air itu dikerumuni oleh orang ramai yang bersesak sesak dan               berebut-rebut, Nabi Musa alaihis salam menolong gadis-gadis itu, gadis-gadis itu menceritakan           peristiwa tersebut kepada bapa mereka (Nabi Syuib alaihis salam), salah seorang daripadanya             mencadangkan kepada bapa mereka, seperti diceritakan dalam al- Quran surah al-Qasas ayat 26 : 4     Maksudnya : “Salah seorang di antara perempuan yang berdua itu berkata : wahai ayahku !                 ambillah ia sebagai orang upahan, sesungguhnya sebaik-baik orang yang diambil bekerja itu ialah       orang yang kuat lagi amanah”

   3-      Bertanggungjawab
    Nabi Yusuf alaihis salam, diangkat oleh raja Mesir menjadi pembesar negara, kerana Nabi Yusof         alaihis salam itu bijaksana dan berilmu, al-Quran menceritakan dalam surah Yusuf ayat 22 : Yang       bermaksud: “Dan ketika (Nabi Yusuf) sampai ke peringkat umurnya yang sempurna kekuatannya,       Kami (Allah) beri kepadanya kebijaksanaan serta ilmu pengetahuan; dan demikianlah Kami                (Allah) membalas orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya”.

    4-      Berkongsi idea
   Sikap tanggungjawab perlu ada pada setiap ahli kumpulan. Hal ini dapat diperluaskan apabila              pembahagian kerja dibahagikan sama rata dapat ditunaikan. Di samping itu setiap ahli kumpulan        hendaklah menyampaikan idea yang dimiliki. Setiap idea boleh dimanfaatkan oleh setiap ahli              kumpulan.

   5-      Taat kepada pemimpin
   Abdullah bin Umar meriwayatkan hadith Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang bermaksud :        “Dengar dan taat (kepada ketua) adalah kewajipan ke atas orang Islam (dalam apa jua perkara pun)    sama ada ia suka dan ia tidak suka selagi ia tidak diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat,        maka jika ia diperintahkan untuk membuat sesuatu maksiat maka tiadalah dengar dan tiadalah taat”.    Berdasarkan hadith di atas Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menyuruh supaya setiap orang          Islam itu hendaklah mentaati perintah ketua mereka, sama ada perintah itu disukai ataupun tidak,        asalkan perintah itu menurut ajaran-ajaran Islam. Dalam pada itu Rasulullah sallallahu alaihi                wasallam melarang pengikut-pengikutnya mentaati ketua yang menyuruh melakukan maksiat.            Dalam keadaan yang 5 pertama ketaatan adalah menjadi perkara yang wajib, tetapi dalam keadaan      yang kedua ketaatan tidaklah wajib, bahkan ia menjadi haram ke atas sesiapa yang merasakan             dirinya boleh menentang perintah membuat maksiat itu.




No comments:

Post a Comment